MEMOHON BANTUAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. Surah An Nisaa' Ayat 36



Tuesday, May 11, 2010

Sejarah Latar Belakang

Sedikit Coretan Sejarah Anak-anak Baitul Hidayah



Assalammu’alaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Anak-anak yang tinggal di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah (Baitul) terdiri daripada anak-anak yang terbiar dan tercicir. Ada yang di tinggalkan di rumah nenek selepas dilahirkan. Ada yang diserahkan kepada JKK kampong setelah dijumpai bermain di tepi jalan. Ada yang kematian ayah dan tinggal bersama ibu yang kurang kemampuan.


Ada juga yang ibu dan ayahnya telah berpisah dan membawa haluan masing-masing. Ada yang ibu ayahnya dalam proses perceraian. Dan yang lebih mendukacitakan, ada yang butiran peribadi ayahnya tidak di ketahui.

Anak-anak ini datang ke Baitul dengan membawa pelbagai sejarah. Di awal kehadiran mereka di sini, hanya seorang sahaja yang boleh membaca. Kebanyakannya tidak mengenal huruf. Ada yang sudah tidak ke sekolah selama 4 tahun. Ada yang hendak di buang sekolah kerana kesalahan mencuri dan tidak hadir ke sekolah. Ada juga yang hidupnya di cyber café dari pagi hingga ke petang. Dan ada yang dari keturunan orang asli yang datuknya beragama kristian dan menamakan cucunya dengan nama Kristioni.

Bangunan rumah Baitul hanyalah sebuah rumah kampong bersaiz sederhana. Ia mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Perancangan asal hanyalah sekitar 10 -12 orang anak yang hendak dijaga. Tetapi kini jumlahnya telah bertambah kerana kasihankan nasib anak-anak ini.

Kini anak-anak yang tinggal di Baitul seramai 21 orang. Anak-anak lelaki seramai 20 orang berusia diantara 4 hingga 11 tahun. Dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun yang berstatus OKU kerana dyslexia (slow learner).

3 orang anak lelaki bersekolah di Tadika Ilham Dunia Kecil secara percuma di Bukit Puchong 2. 17 orang lagi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1. Sementara Si kakak bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Puchong Utama 1.

Di sini mereka di kenalkan dengan Tuhan yang Maha Kuasa yang patut di sembah. Disiplin diri di terapkan dengan menjaga kebersihan persekitaran dan diri, mempelajari ibadah sembahyang dan mengerjakannya di awal waktu. Kini mereka telah mampu bertahajud bersama penjaganya.

Kelas asas membaca dimulakan. Mereka di kenalkan dengan huruf, suku kata dan nombor . Awalnya abang dan adik menghadiri kelas yang sama. Setelah 3 bulan di beri penekanan, 5 orang telah dapat membaca dengan lancar dan yang lainnya telah dapat mengenali huruf dan suku kata.

Di masa lapang anak-anak ini dilatih menghafal nasyid, sajak dan hadis. Bagi yang berkebolehan mereka di latih bermain alat percussion. Kini telah ujud kumpulan nasyid Baitul Hidayah yang dijemput mengadakan persembahan di majlis perkahwinan dan hari jadi. Bahkan mereka telah mengadakan persembahan di Universiti Tun Abdul Razak, Kelana Jaya di majlis International Student Week pada Mac 2010.

Mereka telah berubah wajah - ceria. Semoga begitu juga masa depan mereka.



En Ghazari dan Isteri Puan Nur Azuana...Pengusaha Baitul Hidayah